Sunday, August 31, 2008

SELAMAT DATANG BULAN RAMADHAN YG MULIA

Alhamdulillah esok kita semua akan mula berpuasa selama sebulan. ramadhan, bulan yg penuh barakah ini datang kembali menjeguk kita yg masih hidup. syukran kpd Allah swt dengan izin dan rahmatNya nyawa kita dipanjangkan dan dpt sekali lg beramal di ramadhan ini. sepanjang ramadhan ini saya stop dulu outstation2 yg biasa saya buat sebelum ini. bukannya stop jual batu cincin dan permata tapi stop urusan2 jualbeli batu yg memerlukan saya travelling ke seluruh negara. tak larat dan banyak persediaan sepanjang ramadhan ini utk sambut hari raya.

sepanjang ramadhan ini disamping info2 tentang batu cincin dan permata, saya akan selitkan info tentang agama dan jika ada kesempatan waktu saya ingin curahkan sedikit ilmu tentang rahsia-rahsia pada diri kita sendiri. InsyaAllah.

Selamat Berpuasa dan Beramal Di Bulan Ramadhan Al- Mubarak.

Wednesday, August 27, 2008

BATU PELAGAT


ASSALAMUALAIKUM. bersua kembali dalam blog batu cincin ini. lamanya saya tidak bercerita dilaman ini kerana saya outstation ke kelantan atas urusan bisnes batu permata saya ini. hampir 2 minggu disana. amat seronok rasa nak terus je tinggal sana.
gambar disebelah menunjukkan sebiji batu pelagat yg diikat dengan silver. tentu ramai yg tertanya-tanya apa itu batu pelagat dan apa keistimewaannya? baiklah saya akan ceritakan semuanya.
batu pelagat adalah batu gunung yang terbentuk beribu tahun lampau. batu2 gunung ini sebenarnya senang diperiolehi tetapi untuk menemui batu gunung pelagat jenis ini megambil masa 25 tahun baru dapat sebiji. ini diakui sendiri oleh seorang pakcik yg menjadi tukang canai/ moles kepada batu pelagat ini. menurut beliau semenjak melibatkan diri dalam kerja permolesan batu permata ini selama 25 tahun, inilah kali pertama beliau melihat batu pelagat yg seindah dan seunik ini. batu pelagat ini dimiliki oleh seorang kawan saya dari tanah merah.
Menariknya batu ini ialah satunya kerana corak bunga yang mekar hidup didalamnya. bunga tersebut akan mekar sedikit demi sedikit sehingga mencorakkan satu gambaran yg unik didalamnya. warna corak seakan bunga tersebut ialah bewarna seakan warna besi dan kuning seakan tembaga. ditambah pula dgn air batunya yg amat jernih menyejukkan jiwa orang yg memandangnya.
kawan saya ni sebenarnya bukan nak jual pun batu ini kerana telah lama disimpannya malah ramai yang menawar untuk membeli tetapi beliau tidak mahu jualkannya. bila saya tahu begitu saya pun minta pinjam untuk pakai sahaja kerana memang dah perangai saya amat suka dgn benda2 unik begini. janji saya dgn dia saya akan pulangkan lepas hari raya nanti. dalam pada itu saya saja2 tanya jika ada betul2 orang yg berminat berapa dia boleh setuju jualkan. dia kata aku tak nak jual tapi jika ada orang yang tawar rmxxxx boleh la kot. saya pun kata mak oii mahalnya dan dlm hati saya kata tak mungkin ada orang yg nak beli. apapun jika tuan/ puan yang saja2 nak tahu berapa harga yg nak dijual boleh la hubungi saya atau tengok harganya dilaman web saya.
ok. hai nampaknya blog saya ni dah lari tajuk kepada blog untuk selling product. minta maaf semua. saja saya ceritakan mengenai batu ini sekurang-kurangnya dapat juga menambah ilmu pegentahuan tuan/ puan semua tentang dunia perbatuan. baiklah saya mohon diri dulu dan InsyaAllah saya akan menulis lagi. Wasallam

Monday, August 11, 2008

Ruby cantik seindah nama

saya ingin sambung kembali info tentang ruby, yang juga dikenal dgn batu delima merah. Dalam simpanan saya ada 3 jenis ruby iaitu delima merah retak seribu, delima bintang dan delima daging (hati). delima merah retak seribu amat cantik dengan silauan cahayanya yg tembus dari atas kebawah disamping memiliki urat@akar batu yang seolah-olah retak. walau bagaimanapun para pelanggan batu cincin yang telah memiliki batu delima merah ini jangan risau kerana retaknya itu bukan bermakna batu tersebut akan pecah, retak itu ialah urat@akar batu.
Delima merah bintang juga sebenarnya juga yg terbaik mengikut minat masing-masing. warnanya bercirikan merah pink dan jika disuluh dgn cahaya ia tidak telus. tetapi yg menarik tentangnya ialah segaris biasan cahaya yg tertera diatasnya membentuk bintang enam penjuru. harga bagi delima ini biasanya agak mahal juga tidak kalah dgn delima retak seribu.
Yg ketiga pula ialah delima hati atau daging. memiliki warna merah yg agak gelap dengan akarnya yg bercorak seakan-akan urat daging. kilauan cahaya yg dibiaskan amat menarik dengan penampilan corak uratnya. harganya pun agak mahal. jadi peminat2 batu delima merah sekalian, tepuk dada tanyalah selera. semuanya cantik dan menarik, harganya pun boleh tahan.
sekian dulu info pasal ruby. diharap semua penerima2 batu cincin dari saya puashati dgn kualiti batu dan mendapat manafaat dari ilmu yg diberi. Wasallam.

Wednesday, August 6, 2008

Kawan di Miri bertanya Khabar

pagi2 lagi saya menerima telefon dan sms daripada kawan2 dari miri sarawak. mereka bertanyakan khabar dan bertanya soalan yang muskil kpd saya. Alhamdulillah saya didalam nikmat kesihatan kurnia Allah. Tuan Hj kita dan kawan2nya telahpun menerima pesanan berupa batu delima merah sebanyak 2 biji dan batu pancha warna (nur) satu biji manakala encik Mohd Ramli kita telah terima batu hakikat.
Alhamdulillah. disini saya ingin memberikan sedikit maklumat tentang batu delima merah. Pertamanya batu delima merah atau dipanggil ruby ialah diantara batu cincin yg amat popular dalam masyarakat melayu. tanya sahaja siapapun baik dari golongan pelajar sekolah, remaja bahkan orang2 dewasa dan org2 lama kita semuanya pasti pernah mendengar tengtang batu yg satu ini.
Dikatakan batu delima merah yg paling power (istilah pada kekuatan magisnya) dimiliki oleh seorang ternama dan jutawan dari negara jiran kita indonesia yg mana batu itu apabila dilontarkan dalam kolam renang, maka satu kolam tersebut berubah warna airnya menjadi merah. Juga dikatakan apabila 20 orang berpimpin tangan antara satu dgn yg lain dan orang yg pertama itu menggenggam batu delima tersebut, orang yang terakhir sekali yakni bilangan ke20 dihiris dgn pisau dibadannya, maka tidak akan menjejaskan org itu sedikit pun.
begitulah kehebatan batu delima merah yg menjalar kepegentahuan masyarakat kita, menjadi buruan mereka yg megentahui kehebatannya. pernah dikatakan sebiji batu delima merah yg power telah dibeli oleh seorang kerabat raja dgn harga RM1.5 juta. bayangkan betapa hebatnya keghairahan org2 kita dalam mendapatkan satu barang magis yg hebat ini.
saya nak sambung banyak lagi tp mata ni dah rasa berat sangat. maklumlah hari ini keluar tengahari dan 12 mlm baru pulang. insyaAllah disambung kemudian.

Monday, August 4, 2008

Birthstone atau Batu Cincin Mengikut Tarikh Lahir


Batu cincin dan permata sejak zaman dahulu hingga sekarang masih dipercayai sebagai lambang zodiak. Meskipun kepercayaan itu sudah berkurang namun batu yang berhubungan dengan bintang kelahiran masih ada yang memakainya dan sedikit sebanyak dikatakan mampu memberikan kelebihan tersendiri kepada pemakainya.

Batu cincin mengikut tarikh lahir.
      1. januari - batu garnet

      2. febuari - batu kecubung

      3. mac - aquamarine

      4. april - berlian (diamond)

      5. mei - zamrud (emrald)

      6. jun - mutiara, moonstone

      7. julai - delima (ruby)

      8. ogos - Peridot

      9. september - nilam (sapphire)

      10. oktober - opal/ tourmaline

      11. november - topaz/ citrine

      12. disember - pirus (turqouise), blue topaz

      Lambang zodiak pada batu cincin

      Aquarius = kecubung
      Pisces = turquoise (pirus)
      Aries = intan (diamond)
      Taurus = zamrud (emrald)
      Gemini = agate (akik)
      Cancer = merah delima (ruby)
      Leo = sardonix
      Virgo = safir (nilam)
      Libra = opal
      Scorpio = topaz
      Sagitarius = turquoise
      Capricorn = agate


      Sebiji Batu Cincin Dan Sebutir Permata Setiap Seorang

      Assalamualaikum wth. blog ini saya cuba untuk buatkanya kerana untuk memberikan sebanyak mungkin maklumat dan feedback tentang pemilikan batu-batu cincin dan permata yang saban hari mendapat sambutan yang baik.
      sebenarnya saya tidak berapa pandai dalam soal penulisan blog ini, almaklumlah saya baru aje mendapat pendedahan dengan laman2 web dan internet ini. diharap tuan/ puan dapat mengambil manafaat daripada penulisan saya di laman blog ini.
      Salam pembukaan.