Tuesday, October 21, 2008

SESUATU TENTANG BATU HAKIKAT

Assalamualaikum semua,
saya dikampung sepanjang 1 minggu lepas. agenda saya kekebun dan kedusun dan kedai saya tinggalkan kepada anak buah. seronok berada dikampung tapi walaupun dimana saja saya tetap tidak boleh tinggal hobi menjejaki/ mencari batu-batu dan permata. orang kampung pada masa sekarang mengalami sedikit ujian/ kesulitan kerana bagi penoreh getah (majoriti pekerjaan dikampong saya) harga getah telah menjunam begitu rendah. kalau dulu harga bagi sekilogram getah beku sekitar rm4-rm5, tapi harganya kini menjunam lebih 50%. sekarang sekitar rm2 sekilogram. kasihan semua penoreh getah. apa nak buat, itulah ujian dan dugaan yg perlu tabah/ sabar ditempuhi.

hari ini saya akan berikan maklumat tentang batu hakikat yang agak ramai peminat batu cincin yg telah memesan dan memlikinya drp saya. batu hakikat ini sebenarnya berasal dari bukit juga disebut batu gunung atau atau bukit. batu hakikat dicirikan dgn batu yg beawarna jernih dan mempunyai sesutu didalamnya iaitu lumut. batu ini adalah bersifat sejuk, jadi semua orang tidak kira tarikh lahir dan peringkat umur boleh memilikinya.

nak tahu bagaimana ada lumut didalam batu hakikat?
oleh kerana batu ini selama berpuluh tahun malah ada yg beratus tahun berada didalam air, maka lumut juga telah meliputi padanya dan oleh kerana lamanya lumut melekat pada batu sehingga menjalar masuk kedalam batu (semasa batu dalam proses penggabungan mineral ). unik dan cantik rupa batu ini kerana lumut berada dalmnya malah ada sesetengah batu hakikat, batu dan lumutnya hidup. (bergantung pada pemakai/ pemilik).

kemudian batu ini diambil dan dicanai/ moles sehingga menjadi sedemikian rupa. setelah itu barulah dibuat pengisian /wakaf pada jasad batu atas nama peminat batu cincin dan pemesan yang ingin memilikinya. untuk makluman sekali lg, semua orang boleh memiliki atu hakikat dan amalan yg akan saya perturunkan hanya kepada peminat batu cincin yg beragama islam sahaja.

harap maklum. sehingga ketemu lagi. wasallam

Saturday, October 11, 2008

Batu Badar Besi

Assalamualaikum,
sepanjang minggu ini saya banyak menerima panggilan, sms dan email yg bertanyakan tentang batu bewarna abu kehitaman ini yakni badar besi. masyarakat kita mengenali batu ini sebagai batu yg mempunyai khasiat dan kelebihan yg utama sebagai pagar diri dan anti senjata tajam iaitu besi dan juga kebal peluru. hebat bukan?
Suka saya tegaskan disini bahawa memang sifat batu badar besi ini mempunyai unsur besi (ferum) dan kelebihan anticukur bagi pemakai/ pemilik batu ini adalah bergantung kepada diri masing-masing. bermaksud jika tuan puan memiliki dan memakai batu ini tanpa amalan dan ilmu, saya pasti kelebihan kebal tidak akan hadir.

secara terperinci bagaimana anti cukur dan kebal bagi pemakai batu badar besi terjadi dgn izin Allah:
Ini berlaku kerana dalam diri kita masing-masing ada unsur besi yakni kursani yg terletak dibahagian tulang belakang. unsur besi kursani dalam diri ini akan aktif apabila ada unsur besi yang masuk (sifat/aura) pada diri. ini menyebabkan cas positif dgn positif atau cas negatif dengan negatif bertembung, menjadikan kedua-dua cas tersebut menolak/ menjauh. bila senjata yakni besi menyentuh kulit pemilik/ pemakai, itulah yg menjadikannya kebal daripada senjata yg berunsur besi termasuk peluru.
Dan lagi yg paling penting ialah amalan iaitu makanan batin bagi diri yg akan membuka cakra-cakra dalam diri seterusnya mengaktifkan unsur kursani insan bertembung besi lalu hadirlah kebal dengan izinNya. Wallahualam

Monday, October 6, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wth
sempena bulan idilfitri ini, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada sahabat handai dan pelanggan batu cincin semua andai kata ada tersalah tersilap yang tidak disengajakan dan diluar pegentahuan saya. selamat hari raya aidilfiti kepada semua.
sepanjang minggu terakhir puasa sehingga menjelang hari raya ini saya amat sibuk dengan berbagai program. bermula dari mencari kain baju untuk anak bini, menyediakan persiapan raya, dihari raya pula ziarah menjadi agenda dan masuk raya ketiga pula ada anak buah kenduri kahwin. sibuk memang sibuk dan Alhamdulillah semuanya selamat dan sempurna.

meyentuh soal urusan batu cincin pula, hari ini saya mula buka kedai, pesanan tuan/puan pada lewat minggu sebelum raya akan saya usahakan untuk disempurnakan pada malam jumaat nanti dan InsyaAllah akan dihantar pada hari sabtu. Diharap semua peminat batu cincin yang belum menerima pesanan dapat bersabar dgn sedikit waktu. sekian.