Monday, May 25, 2009

Batu Petir

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera,
masih info tentang batu petir. minggu sudah en ganes dari port klang teah memesan sebiji batu petir daripada saya dan beliau telah selamat terima pesanan tersebut. sedikit penjeasan disini bagi peminat batu cincin yg bukan islam yg telah memiliki batu cincin daripada saya dan yg ada niat untuk memesan batu cincin drp saya.

adalah diingatkan bagi peminat bukan islam bahawa urusan pengisian yang dibuat kepada batu cincin pesanan tuan/ puan adalah tidak seperti yg biasa dibuat kepada orang islam dan keseluruhannya adalah tidak sama dari segenap segi. termasuk dari urusan pemilihan batu, pengisian dan juga amalan yg diberikan yg mana tuan puan non muslim tidak akan diberi amalan. yg diberi hanyaah maklumat tengtang perihal batu. sekiranya perlukan penjelasan lanjut, diharap hubungi saya terus.

Tuesday, May 12, 2009

Batu Petir

Assalamualaikum wth,
bersua kembali diruangan blog ini, saya tahu ramai peminat setia batu cincin sentiasa tertunggu-tunggu info dan maklumat daripada saya, beginilah saya, tiada kesempatan masa untuk sentiasa konsisten menulis di sini. harap dimaaf.

kesempatan kali in saya ingin berikan maklumat kepada semua perihal batu petir. didunia pasaran batu cincin sekarang, kita akan biasa mendapati batu petir adalah bewarna hitam dan dapat dimiliki dgn bayaran sekitar RM100- RM500 mengikut jenis dan saiz batu tersebut. sebenarnya batu petir juga ada ditemui dalam warna merah dan warna coklat tetapi amat jarang. asalnya dari panahan petir meyambar kebumi. bersama-sama panahan tersebut, terdapat batu yg biasanya bila mencecah bumi, batu tersebut akan hilang masuk keperut bumi. dan yg pastinya batu petir amat sukar untuk ditemui.

khasiat batu petir dalam masyarakat nusantara banyak diwar-warkan sebagai pelindung diri yg ampuh dari bahana kejahatan manusia dan jin, juga mengelak sihir. batu petir juga adalah alat peyembuhan yg tinggi keampuhannya bagi beberapa jenis penyakit tertentu. pernah berlaku dapat digunakan merawat penyakit buta dan angin ahmar. dalam koleksi saya sebenarnya hanya ada 5 biji koleksi batu petir, insyaAllah bagi yg berniat untuk memilikinya sila tengok dilaman web. sekian sedikit maklumat perihal batu petir. Wallahualam